BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 21, 2008

Harga Diri Belia Masa kini

Dulu...si muda mudi teratur jalannya...
hidup si gadis sunti di selubungi kemurnian diri..
diselubungi kesucian diri

kini hancur ditelan arus,arus masa yang deras berubah
membuat mereka lupa untuk berjalan dengan teratur
membuat mereka lupa apa itu suci

begitu berbezanya dunia zaman dahulu dan sekarang...
lihat bagai tak kenal kenajisan si teruna sekarang...
padahal dulu..
si teruna terkenal dengan sifat tanggungjwb yang setinggi gunung..
sifat kelakian yang tidak disia-siakan..
malah di gunakan untuk menyara hidup harmoni..
tapi kini..lihat...
keadaan semakin menyimpang...
menyimpang jauh ke sisir jalan...
di manakah perginya kemasyuran harga diri??
harga diri?
bukankah harga diri lambang kehormatan seorang insan?
bilamana harga diri di racuni..
apakah lagi kebanggaan yang ada dalam sanubari seseorang itu??
malu...maluuu...
hanya rasa ingin lenyap,hanya rasa ingin terbang jauh ke angkasa..
melepaskan segala kekesalan yang menyesakkan,

kini tiada lagi insan yang sedar akan kewujudan harga diri yang tak ternilai..
lansung lupa pada harga diri yang harus di hiasi,
bak indahnya malam dihiasi bintang yang bergemelapan,
remaja kini sesat dalam terang,mencari sesuatu yang membinasakan..
membawa diri hanyut ke dalam lembah yang berbisa..
masih lagi tidak disedari bahawa kini tiada lagi keindahan dunia remaja,yang
penuh dengan keindahan sopan santun budi bahasa yang semakin ditelan badai
syurga dunia..
haii sudah pergi..sudah pergi sifat ketimuran itu..kini jauh meninggalkan kita…
apa yang tersisa??
hanyalah kejatuhan demi kajatuhan dlm setiap jiwa muda mudi kita..
diracun melalui minda ditikam kedalam jiwa,


tercemar dengan keseronokkan duniawi..
dirasakan diri bagai bidadari yang terbang bebas di udara..
sedangkan diri sebenarnya semakin hanyut ke lembah gelap…
lembah yang terdalam sekali,


hidup dirasa bagai kosong gembira cuma sementara,
tidak lansung mereka sedar bahawa jiwa mereka sudah ranap terbakar..
terbakar dijilat dosa,
hati kosong bagai tiada lansung semangat dijiwa tiada langsung semangat dijiwa,
semangat yg hilang sukar dicari gantinya,


walau digali sampai ke pusat bumi..
walau di cari sampai ke hujung semesta..
semangat tetap tak ada galang gantinya..u
ntuk apa dicari semangat itu??
sedangkan diri sendiri yang menhalaunya pergi..
diri sendiri yang membuang kehormatannya???
diri sendiri yang membuat onar??
penyesalan tiada bererti sudah..


penyesalan itu yang menghantui jiwa..
bagai bayang2 yang mengekori setiap langkah kotor yang di cipta..
remaja kini tidak pernah dewasa,
pemikiran jijik di setaip sudut minda,
ibu dan bapa bukan lagi kekasih selamanya,
sanggup mereka membuang jauh dari jiwa..
hati yang kusut mencipta derita,
sengsara dirasa walau gembira luarnya..
hidup mereka tidak lagi sempurna,

sebagai insan yang punyai fikiran..
logik lagaknya berfikir sebelun bertindak,
elakkan setiap langkah yang sumbang
jarakkan diri dari ancaman arus dunia
pertarungn bakal menjadik seru
antara keinginan dan kehendaknamun..
haruslah bijak mengatur langkah..
jangan tersungkur jatuh sudah..

akal fikiran tidak lagi jelas,
ditemani nafsu yang menjalar,
akal yang mengawal kini menjadi lemah,
nafsu yang dikawal kini menjadi bebas..
bebas mengusai jiwa yang kosong,
bebas mengusai minda yang lopong,
nafsu kini dibuat teman sebagai teman hidup seharian..


hidup mereka menajdi tak keuran kerana mengikut nafsu yang mengusai fikiran,
kenapa ini boleh terjadi??
adakah ini yang kita hendaki??
tanah air sudah lama merdeka luka darah sudah pulih sepenuhnya..
hidup yang disangka aman disini sebenarnya tidak seperti yang kita ingini..
pelapis negara yang harus kita sanjungi,kini hancur didepan mata..
hancur berderai bersama jasad dan jiwa..
bagai karang terdampar di tepi pantai,
tampaknya kelihatan tidak bermaya,tidak lagi boleh di semai..

tapi..apa nak dikata..
itu lah dia ragam muda mudi yang seringkali lalai dan alpa dengan dunia ciptaan sendiri
namum sedihnya..
muda mudi kita lupa akan makna sebenar realiti hidup..



anGah n tatie

create by,ANGAH n TATIE..


all the best for us yaa:)

tatie...
watever we do..
its will be help us in our daily life..of coz its not really good idea but as u know..we still learning to create better.."puisi"..thats more have umpphhh..hehehe someday laarr..specially to our peberet hoby
( do the best..angah n tatie.." ( i love it tatie) :))

Monday, October 13, 2008

Coretan hidup nelayan sejati


saat mentari muncul pagi nelayan sudah pergi bawa diri
bawa bersama jiwa yang sepi,tinggal keluarga hidup sendiri
nelayan sejati tinggal anak isteri,ingin mecari sedikit rezeki.
rezeki tuhan yang belum pasti di tengah laut ciptaan ilahi.


cekal nelayan tidak boleh disangkal lagi
membanting tulang tidak kira malam atau pagi
dengan semangat terpahat dihati,nelayan terus tegap berdiri
melawan ombak dan petir penat lansung tidak dipeduli
hanya ingin mencari rezeki untuk anak dan isteri


nelayan pergi bukan sendiri,nelayan ditemani semangat dihati
mengikut arus memabawa diri,untuk mencari sedikit rezeki.
walau dibakar terik mentari tidak pernah rasa ingin mengundur diri
kuat semangat dihati,air yang gugur menyetuh pipi tidak nelayan sedari

nelayan sendiri di tengah laut,ditemani angin yang membelai diri,
kicauan camar yang menghibur hati,deruan ombak yang membelah sunyi.

siapa tahu isi hati nelayan sejati,sering saja dipandang sepi
nelayan sejati membawa diri dengan semangat yang penuh dihati
pergi kelaut menyerah diri,serah diri pada ilahi menjadi nelayan yang sejati.

hidup ini penuh erti,bukan sekadar menyepi diri
jika tiada semgat di hati tidak
ubah seperti bangkai yang belum mati..

Monday, September 29, 2008

SABUT RINDU CAMAR

Hidup sabut kini berubah
hidup bersama di muara si nipah
gembira hanya diluar saja,jiwa didalam pedih gelisah

gelisah bukan kerana sinipah
gelisah sisabut memakan jiwa
walau si umang datang dengan ceria,sisabut tetap merasa duka

sayu si sabut mendengar kicauan si camar
si camar berkicauan didalam jiwanya
pedihnya sabut tak terperi,pedih menanggung rindu dihati

sabut terkenang waktu gembira,waktu camar ada bersama
walau camar hinggap cuma seketika,membuat sabut rasa gembira
walau itu cuma seketika,sabut simpan didalam jiwa
kenangan camar terlakar dijiwa tidak pernah sabut lupa

tidak lupa pada kicauwannya,tidak juga lupa pada sentuhannya
walau itu hanya sementara,sabut kenang selamanya

si umang cuba membuat sabut gembira,tidak pernah sabut rasa
hidup sabut terus berduka merindui camar yang tidak tiba

hati sabut kini terluka,melihat camar terbang dengan gembira
camar terbang gembira tidak peduli sabut menderita

sabut terus berdiam diri,melayan jiwa yang disakiti
sabut terus hidup sendiri merawat jiwa yang tak bersemi..

Wednesday, September 17, 2008

NASIB SABUT

Ada sabut Separuh kusut
Terbiar hanyut Di tengah laut
Ditampar ombak tidaknya ke tepi
Dipukul angin tidaknya jauh melari


Kisahnya si sabut membawa diri
Hingga hanyut di bawa pergi
Tenggelamnya tidak kerana kuat
Melawannya tidak kerana tak cukup hebat


Kisahnya si sabut dibuang orang
Dicampak ke laut bersama si parang
Tempurungnya dibakar menjadi arang Parang tenggelam, sabut berenang
Tangan membuang menyorok diri
Takutkah diri dituduh menzalimi? Lantas berdiam terus Tanpa sebarang suara mahu bertanya
Apa khabar si sabut di laut sana? Kuyupkah atau tenggelam sudahnya?


Sabut terus hanyut sendiri
Sendiri biar bayu bawa diri
Terima kasih pada si camar Yang hinggap menemankan Lalu terbang meninggalkan
Terima kasih pada si umang Yang datang mendampingkan Lalu terjun mencari cengkerang


Sampailah sudah kuatnya tiada
Akhirnya si sabut mencari muara
Lumpur mengalukan, bakau bersorakan
Si sabut datang menjadi teman
Saling menumpang kasih Saling bertolongan
Si sabut kuat di situ
Biarpun arang tempurungnya Terkubur jauh beribu batu


Di muara ini rumah baru sabut itu
Di muara ini sabut itu bertemu sesuatu
Si nipah yang mahu tumpang meredup
Si nipah yang buat sabut terus hidup

Sunday, September 14, 2008

MAAFKAN SABUT

Kisahnya si sabut harapan si pokok kelapa
dibesarkan bersama tempurung yang dilindunginya
Sabut dijaga dengan rapi,tidak dibiarkan sejuk disentuh embun pagi
Tidak dibiarkan panas di bakar mentari

Hingga dewasa sabut dilindungi,tiba sudah masa dewasa sabut cari hidup sendiri
sabut terus turun kebumi,bersama tempurung yang dilindungi
membawa bersama harapan pokok yang menggunung tinggi ingin melihat sabut berdikari

akhirnya akar mencengkam bumi sabut mula LUPA DIRI!
LUPA TEMPURUNG YANG DILINDUNGI! LUPA POKOK YANG MENYAYANGNGI!
Sabut lupa pokok yang menyayangi cuma ingin meninggi diri
Pokok melambai tanda mengasihi takut sabut dilukai

Sabut lansung tidak peduli terus bangga dengan diri
hingga diri disakiti Dilukai hingga tempurung di khianati
Sabut mula sedar diri tanpa pokok yang melindungi
tiada lansung kekuatan diri

Sedih hati melihat tempurung yang dilindungi dikhianati
dicampak kedalam bara api! Sesal sisabut tiada erti
kini tinggal sabut sendiri dibuang kelaut tidak dipeduli
kini sabut sepi sendiri mencari haluan yang belum pasti..

Tuesday, August 12, 2008


HARGA DIRI


DUNIA-DUNIA..


Ape nak jadi dengan muda mudi sekarang..kebebasan yang disalah ertikan boleh menjadi kehancuran pada akhlak semua remaja masa kini.. musnah harapan


siapa yang harus dipersalahkan??mana perginya orang yang di pertanggung jawab kan oleh ALLAH untuk menjaga kesihatan mental,fizikal dan disertakan dengan bekalan untuk ke akhirat kelak? ape akan terjadi kalau kita semua berdiam diri seolah-olah tiada apa yang berlaku..


mungkin kah ini satu pertanda bahawa dunia akan berakhir?? mungkin itu lah petanda sesuatu yang akan menimpa kita semua kelak..kita menjadi saksi kepada keruntuhan akhlak remaja masa kini tapi pernah kah kita cuba membantu?pernah kita ambil tahu?


kita cuma pandai menunding jari jer tapi tak pernah cuba untuk mengerti ape yang berada didalam minda remaja-remaja yang sanggup mengorbankan harga diri semata-mata ingin menunjukan yang mereka bebas melakukan ape saja tanpa fikir ape yang akan berlaku keatas diri mereka..


sekarang cuba kita faham apa yang ada disebalik kejadian ini..mungkinkah kita tidak lagi mampu berbuat apa-apa?cuba buka mata tengok sekeliling..ini kah yang kita nak? ape lagi selepas ni yang akan berlaku?..


sama2 lah kita menuju kearah kebaikan bukan kebinasaan

aku taknak KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA!




Thursday, August 7, 2008


ULEK MAYANG




Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala.

Tuesday, July 29, 2008

SABUT HANYUT



SEJENAK DITEPI JENDELA



(90an) aku melihat keluar jendela,huuu alangkah tenangnya perasan bila melihat suasana yang sangat indah dan ditambah gelak tawa kanak2 yang menghiburkan melayan usikan si pepatung yang berlegar-legar di halaman yang menghijau,aku tersenyum dengan perasaan asyik..



aku melihat keluar jendela,wahh indahnya langit yang terbentang luas membiru,awan silih berganti membuat aku terus tenang memerhati,sayang rasanya kalau aku tinggalkan permandangan indah ini,aku alih pandangan terus ke sebatang pokok yang rimbun,aku terfikir (tak sunyi ke die) tiba2 sekawan burung hinggap ke dahannya yang gagah itu.

aku tersenyum lalu mengingatkan aku kepada PENCIPTA yang AGUNG..



aku melihat keluar jendela,aku disapa oleh nenek ku yang sedang membersihkan halaman rumah (berangan ke?) aku cuma tersenyum..aku asyik melihat nenek membersihkan halaman rumah penyapu lembut menyentuh tanah dedaunan kering mengikut setiap langkah penyapu yang setia kepada tangan yang menghayun kekiri kekanan..alangkah tenangnya wajah nenek yang jelas mencerminkan kebahagiaan yang di rasainya..




kini aku melihat keluar jendela,tiada lagi keindahan yang dahulunya memberi semangat kepada jiwa ku,langit yang dulunya terbentang biru kini kusam,lesu,lemah akibat pencemaran yang dilakukan oleh manusia yang lansung tiada perasaan.



kini aku melihat keluar jendela,kanak2 yang dahulunya gembira bermain di halaman rumah kini berubah menjadi seperti penyapu yang mengikut tangan yang menghayun,ibu bapa di lupakan kekasih di agungkan apatah lagi AGAMA!! aku sangat kecewa dengan kejadian yang berlaku masa kini ALLAH..



kini aku tidak lagi melihat keluar jendela.. HANCUR!!

Monday, July 28, 2008

SABUT HANYUT?

Siapalah AKU?
Siapa pedulikan AKU?
Siapa pandang AKU?
Korang tahu ke ape yang AKU rasa?
Aku hanyut tanpa tujuan,AKU taknak terus hanyut begini..



SEMALAM BUMIKU HIJAU!!
SEMALAM KU SEGAR MENGHIRUP UDARA PAGI YANG NYAMAN..
SEMALAM KUDIHIBURKAN SUARA ALAM YANG MENGASYIKAN..

Skarang ape dah jadi??
mana pergi semuanya kehijauan bumi ini?
siapa yang bertanggung jawab atas semua ini..pernah ke korang fikir?
siapa yang ingin menjawab persoalan ku ini??SIAPAA!!!??

mana perginya sifat manusia yang di anugrahkan oleh YANG MAHA ESA?..sanggup korang hancurkan anugerah alam yang tak ternilai ini??
sanggup korang EH? aku tak tahu ape yang bermain di akal fikiran orang yang sanggup membunuh SEMANGAT ALAM..

APA LAGI LEPAS NI??BELUM PUAS LAGI KE??





MusicPlaylistRingtones