BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 17, 2008

NASIB SABUT

Ada sabut Separuh kusut
Terbiar hanyut Di tengah laut
Ditampar ombak tidaknya ke tepi
Dipukul angin tidaknya jauh melari


Kisahnya si sabut membawa diri
Hingga hanyut di bawa pergi
Tenggelamnya tidak kerana kuat
Melawannya tidak kerana tak cukup hebat


Kisahnya si sabut dibuang orang
Dicampak ke laut bersama si parang
Tempurungnya dibakar menjadi arang Parang tenggelam, sabut berenang
Tangan membuang menyorok diri
Takutkah diri dituduh menzalimi? Lantas berdiam terus Tanpa sebarang suara mahu bertanya
Apa khabar si sabut di laut sana? Kuyupkah atau tenggelam sudahnya?


Sabut terus hanyut sendiri
Sendiri biar bayu bawa diri
Terima kasih pada si camar Yang hinggap menemankan Lalu terbang meninggalkan
Terima kasih pada si umang Yang datang mendampingkan Lalu terjun mencari cengkerang


Sampailah sudah kuatnya tiada
Akhirnya si sabut mencari muara
Lumpur mengalukan, bakau bersorakan
Si sabut datang menjadi teman
Saling menumpang kasih Saling bertolongan
Si sabut kuat di situ
Biarpun arang tempurungnya Terkubur jauh beribu batu


Di muara ini rumah baru sabut itu
Di muara ini sabut itu bertemu sesuatu
Si nipah yang mahu tumpang meredup
Si nipah yang buat sabut terus hidup

0 comments: