BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 18, 2009

Inspirasi,pengajaran,ilmu.

ukiran bunga usang lambang halus jiwa manusia,lambang cinta dahulu kala,mengajar ku banyak erti sebuah kehidupan ini..aku mula menyentuh mu dengan harapan kau masa depan ku,aku mula menyetuh mu dengan sejuta impian kau akan memberiku segala apa yang ku mahu,dari awal pekenalan dengan mu sudah ku pahat niat dihati ku ingin mengambail mu menjadi teman hidup ku,aku ingin selalu bersama mu tak kira apa jua perasaan ku terhadap gaya bentuk mu..

Ku jatuh cinta,ku luahkan pada mu,tak kala ku merindu,pada mu jua ku luahkan perasaan ku,indah sungguh perhubungan ini banyak yang ku lalui bersama mu,tidak kira musim salju atau kemarau melanda hati ku,walau guruh yang menyelubungi hati kecil ini,kau tetap sabar melayan semua kekurangan ku,harap jiwa dan seni kan bersatu..

Banyak kesilapan yang telah ku lakukan selama ini,kesilapan yang ku anggap fahaman ini telah banyak melukakan seni mu,kesilapan yang ku anggap saling memahami ini telah membunuh seni halus yang patut berada di seluruh tubuh mu..ku beban kan kau dengan semua kelemahan ku,ku biarkan kau memahami aku kerna aku buta menilai seni mu,tapi ini lah kesilapan terbesar dalam hidup ku,membiarkan kau terseksa oleh emosi ku yang terganggu,emosi ku yang haru biru,emosi ku yang tak menentu...

Kini ku sedar bahawa bukan aku yang mengukir mu,sebaliknya kau yang mengkuir aku menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab,menggunakan ketenangan untuk menyelesaikan segala masalah yang mendatang,berlandaskan kesabaran untuk ku terus bejalan menempuhi kehidupan di alam penuh kesilapan ini..ini lah yang dikatan seni melarik jiwa,kata janji harus ku kota,seru semangat membahang dijiwa ,apa yang ku rasa ku ukir indah dada mu,apa yang di minda aku terap menjadi satu harap kuat iman di dada ku aku ingin terus bersama mu..

Lesu lemah haru biru resah panas tanpa mu,gelap medung awan betukar menjadi kelabu,hijau rumput mekar bunga tidak dapat ku hidu,seni ini tepahat di kalbu menjadi satu dalam hati ku..akan ku lentur jemari ku,akan ku ukir indah alam ini di dada mu,akan ku terap segala kasih dalam tubuh segala cinta dalam darah segala noda rekaan manusia dialam ini,hanya kau tempat ku mengadu dan kau tempat ku menimba ilmu,kau telah banyak membuka ruang pemikiran ku,mengajar ku erti kehidupan didunia ini..