BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 21, 2008

Harga Diri Belia Masa kini

Dulu...si muda mudi teratur jalannya...
hidup si gadis sunti di selubungi kemurnian diri..
diselubungi kesucian diri

kini hancur ditelan arus,arus masa yang deras berubah
membuat mereka lupa untuk berjalan dengan teratur
membuat mereka lupa apa itu suci

begitu berbezanya dunia zaman dahulu dan sekarang...
lihat bagai tak kenal kenajisan si teruna sekarang...
padahal dulu..
si teruna terkenal dengan sifat tanggungjwb yang setinggi gunung..
sifat kelakian yang tidak disia-siakan..
malah di gunakan untuk menyara hidup harmoni..
tapi kini..lihat...
keadaan semakin menyimpang...
menyimpang jauh ke sisir jalan...
di manakah perginya kemasyuran harga diri??
harga diri?
bukankah harga diri lambang kehormatan seorang insan?
bilamana harga diri di racuni..
apakah lagi kebanggaan yang ada dalam sanubari seseorang itu??
malu...maluuu...
hanya rasa ingin lenyap,hanya rasa ingin terbang jauh ke angkasa..
melepaskan segala kekesalan yang menyesakkan,

kini tiada lagi insan yang sedar akan kewujudan harga diri yang tak ternilai..
lansung lupa pada harga diri yang harus di hiasi,
bak indahnya malam dihiasi bintang yang bergemelapan,
remaja kini sesat dalam terang,mencari sesuatu yang membinasakan..
membawa diri hanyut ke dalam lembah yang berbisa..
masih lagi tidak disedari bahawa kini tiada lagi keindahan dunia remaja,yang
penuh dengan keindahan sopan santun budi bahasa yang semakin ditelan badai
syurga dunia..
haii sudah pergi..sudah pergi sifat ketimuran itu..kini jauh meninggalkan kita…
apa yang tersisa??
hanyalah kejatuhan demi kajatuhan dlm setiap jiwa muda mudi kita..
diracun melalui minda ditikam kedalam jiwa,


tercemar dengan keseronokkan duniawi..
dirasakan diri bagai bidadari yang terbang bebas di udara..
sedangkan diri sebenarnya semakin hanyut ke lembah gelap…
lembah yang terdalam sekali,


hidup dirasa bagai kosong gembira cuma sementara,
tidak lansung mereka sedar bahawa jiwa mereka sudah ranap terbakar..
terbakar dijilat dosa,
hati kosong bagai tiada lansung semangat dijiwa tiada langsung semangat dijiwa,
semangat yg hilang sukar dicari gantinya,


walau digali sampai ke pusat bumi..
walau di cari sampai ke hujung semesta..
semangat tetap tak ada galang gantinya..u
ntuk apa dicari semangat itu??
sedangkan diri sendiri yang menhalaunya pergi..
diri sendiri yang membuang kehormatannya???
diri sendiri yang membuat onar??
penyesalan tiada bererti sudah..


penyesalan itu yang menghantui jiwa..
bagai bayang2 yang mengekori setiap langkah kotor yang di cipta..
remaja kini tidak pernah dewasa,
pemikiran jijik di setaip sudut minda,
ibu dan bapa bukan lagi kekasih selamanya,
sanggup mereka membuang jauh dari jiwa..
hati yang kusut mencipta derita,
sengsara dirasa walau gembira luarnya..
hidup mereka tidak lagi sempurna,

sebagai insan yang punyai fikiran..
logik lagaknya berfikir sebelun bertindak,
elakkan setiap langkah yang sumbang
jarakkan diri dari ancaman arus dunia
pertarungn bakal menjadik seru
antara keinginan dan kehendaknamun..
haruslah bijak mengatur langkah..
jangan tersungkur jatuh sudah..

akal fikiran tidak lagi jelas,
ditemani nafsu yang menjalar,
akal yang mengawal kini menjadi lemah,
nafsu yang dikawal kini menjadi bebas..
bebas mengusai jiwa yang kosong,
bebas mengusai minda yang lopong,
nafsu kini dibuat teman sebagai teman hidup seharian..


hidup mereka menajdi tak keuran kerana mengikut nafsu yang mengusai fikiran,
kenapa ini boleh terjadi??
adakah ini yang kita hendaki??
tanah air sudah lama merdeka luka darah sudah pulih sepenuhnya..
hidup yang disangka aman disini sebenarnya tidak seperti yang kita ingini..
pelapis negara yang harus kita sanjungi,kini hancur didepan mata..
hancur berderai bersama jasad dan jiwa..
bagai karang terdampar di tepi pantai,
tampaknya kelihatan tidak bermaya,tidak lagi boleh di semai..

tapi..apa nak dikata..
itu lah dia ragam muda mudi yang seringkali lalai dan alpa dengan dunia ciptaan sendiri
namum sedihnya..
muda mudi kita lupa akan makna sebenar realiti hidup..



anGah n tatie

create by,ANGAH n TATIE..


all the best for us yaa:)

tatie...
watever we do..
its will be help us in our daily life..of coz its not really good idea but as u know..we still learning to create better.."puisi"..thats more have umpphhh..hehehe someday laarr..specially to our peberet hoby
( do the best..angah n tatie.." ( i love it tatie) :))

Monday, October 13, 2008

Coretan hidup nelayan sejati


saat mentari muncul pagi nelayan sudah pergi bawa diri
bawa bersama jiwa yang sepi,tinggal keluarga hidup sendiri
nelayan sejati tinggal anak isteri,ingin mecari sedikit rezeki.
rezeki tuhan yang belum pasti di tengah laut ciptaan ilahi.


cekal nelayan tidak boleh disangkal lagi
membanting tulang tidak kira malam atau pagi
dengan semangat terpahat dihati,nelayan terus tegap berdiri
melawan ombak dan petir penat lansung tidak dipeduli
hanya ingin mencari rezeki untuk anak dan isteri


nelayan pergi bukan sendiri,nelayan ditemani semangat dihati
mengikut arus memabawa diri,untuk mencari sedikit rezeki.
walau dibakar terik mentari tidak pernah rasa ingin mengundur diri
kuat semangat dihati,air yang gugur menyetuh pipi tidak nelayan sedari

nelayan sendiri di tengah laut,ditemani angin yang membelai diri,
kicauan camar yang menghibur hati,deruan ombak yang membelah sunyi.

siapa tahu isi hati nelayan sejati,sering saja dipandang sepi
nelayan sejati membawa diri dengan semangat yang penuh dihati
pergi kelaut menyerah diri,serah diri pada ilahi menjadi nelayan yang sejati.

hidup ini penuh erti,bukan sekadar menyepi diri
jika tiada semgat di hati tidak
ubah seperti bangkai yang belum mati..