BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 18, 2009

Inspirasi,pengajaran,ilmu.

ukiran bunga usang lambang halus jiwa manusia,lambang cinta dahulu kala,mengajar ku banyak erti sebuah kehidupan ini..aku mula menyentuh mu dengan harapan kau masa depan ku,aku mula menyetuh mu dengan sejuta impian kau akan memberiku segala apa yang ku mahu,dari awal pekenalan dengan mu sudah ku pahat niat dihati ku ingin mengambail mu menjadi teman hidup ku,aku ingin selalu bersama mu tak kira apa jua perasaan ku terhadap gaya bentuk mu..

Ku jatuh cinta,ku luahkan pada mu,tak kala ku merindu,pada mu jua ku luahkan perasaan ku,indah sungguh perhubungan ini banyak yang ku lalui bersama mu,tidak kira musim salju atau kemarau melanda hati ku,walau guruh yang menyelubungi hati kecil ini,kau tetap sabar melayan semua kekurangan ku,harap jiwa dan seni kan bersatu..

Banyak kesilapan yang telah ku lakukan selama ini,kesilapan yang ku anggap fahaman ini telah banyak melukakan seni mu,kesilapan yang ku anggap saling memahami ini telah membunuh seni halus yang patut berada di seluruh tubuh mu..ku beban kan kau dengan semua kelemahan ku,ku biarkan kau memahami aku kerna aku buta menilai seni mu,tapi ini lah kesilapan terbesar dalam hidup ku,membiarkan kau terseksa oleh emosi ku yang terganggu,emosi ku yang haru biru,emosi ku yang tak menentu...

Kini ku sedar bahawa bukan aku yang mengukir mu,sebaliknya kau yang mengkuir aku menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab,menggunakan ketenangan untuk menyelesaikan segala masalah yang mendatang,berlandaskan kesabaran untuk ku terus bejalan menempuhi kehidupan di alam penuh kesilapan ini..ini lah yang dikatan seni melarik jiwa,kata janji harus ku kota,seru semangat membahang dijiwa ,apa yang ku rasa ku ukir indah dada mu,apa yang di minda aku terap menjadi satu harap kuat iman di dada ku aku ingin terus bersama mu..

Lesu lemah haru biru resah panas tanpa mu,gelap medung awan betukar menjadi kelabu,hijau rumput mekar bunga tidak dapat ku hidu,seni ini tepahat di kalbu menjadi satu dalam hati ku..akan ku lentur jemari ku,akan ku ukir indah alam ini di dada mu,akan ku terap segala kasih dalam tubuh segala cinta dalam darah segala noda rekaan manusia dialam ini,hanya kau tempat ku mengadu dan kau tempat ku menimba ilmu,kau telah banyak membuka ruang pemikiran ku,mengajar ku erti kehidupan didunia ini..

2 comments:

Mellyana Sara said...

pernah dengar....

belajar dari sebuah kesilapan...

semoga apa yang dipelajari...yang telah dilalui...dihadapi...dinikmati...dilakari...dan segala yang pernah kamu lakui...menjadi sebuah pengajaran yang tak mungkin kamu perolehi dari mana-mana sudut di dunia ini...

berusahalah...dan kamu akan temui kejayaan...

Anonymous said...

Yu-Mong sets mode + emo saikotik melankolik


dada langit kelihatan begitu hangat
kerana dekat dengan matahari
keringat rindu terhambur pecah
di hamparan pasir putih menggigit

dada langit kelihatan penuh dengan cinta
kerana pelangi selalu tersenyum di antara awan putih
aku menyingkap jendela waktu
menjamah rongga rongga sawang
ada cinta terbelit perit

lantas,,

aku berlari kedada laut
mengharung ombak bersamamu
dari pantai yang berbeza..
menyentuh pada setiap kehidupan
bercermin pada gelap dan terang
untuk bertemu
pada titik yang satu

xoxoxoxoxoxoxox

Angah, seni itu sungguh indah, seindah hijaunya syurga, seharum kembangnya mawar, segemersik merdunya perindu.

Walau sejauh mana pun kita melangkah, walau bertahun cinta seni itu terabai, pasti satu ketika, dia akan kembali bersatu dalam jiwa.

Sentuhlah kekayu itu, kerana disitu ada seni dalam seni. cinta dalam jiwa. garapkan lah ukiran citra. Agar menjadi sebuah nostalgia cinta abadi..

All the best angah!!