BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 12, 2008


HARGA DIRI


DUNIA-DUNIA..


Ape nak jadi dengan muda mudi sekarang..kebebasan yang disalah ertikan boleh menjadi kehancuran pada akhlak semua remaja masa kini.. musnah harapan


siapa yang harus dipersalahkan??mana perginya orang yang di pertanggung jawab kan oleh ALLAH untuk menjaga kesihatan mental,fizikal dan disertakan dengan bekalan untuk ke akhirat kelak? ape akan terjadi kalau kita semua berdiam diri seolah-olah tiada apa yang berlaku..


mungkin kah ini satu pertanda bahawa dunia akan berakhir?? mungkin itu lah petanda sesuatu yang akan menimpa kita semua kelak..kita menjadi saksi kepada keruntuhan akhlak remaja masa kini tapi pernah kah kita cuba membantu?pernah kita ambil tahu?


kita cuma pandai menunding jari jer tapi tak pernah cuba untuk mengerti ape yang berada didalam minda remaja-remaja yang sanggup mengorbankan harga diri semata-mata ingin menunjukan yang mereka bebas melakukan ape saja tanpa fikir ape yang akan berlaku keatas diri mereka..


sekarang cuba kita faham apa yang ada disebalik kejadian ini..mungkinkah kita tidak lagi mampu berbuat apa-apa?cuba buka mata tengok sekeliling..ini kah yang kita nak? ape lagi selepas ni yang akan berlaku?..


sama2 lah kita menuju kearah kebaikan bukan kebinasaan

aku taknak KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA!




Thursday, August 7, 2008


ULEK MAYANG




Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala.